Koleksi Baju Heliza Helmi Dari Get Gorgeous

Tanggal 7 Julai lepas, telah berlangsungnya Majlis Ulang Tahun ke-5 dan juga Majlis Pelancaran Koleksi Baju Heliza Helmi dari Get Gorgeous di Bangi Golf Resort, Selangor.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan, antaranya seperti peragaan pakaian untuk 10 rekaan koleksi kasual dan Hari Raya berlabel Heliza Helmi dari Get Gorgeous,  demo inspirasi gaya hijab Heliza Helmi oleh hijab stylist iaitu Puan Anizon Hussin, pelancaran produk Get Gorgeous Health and Beauty, penyampaian hadiah bagi pemenang Miss Gorgeous 2012, penyampaian hadiah bagi Peserta Paling Gorgeous, Peserta Paling Sporting dan Pasangan Paling Sweet serta cabutan bertuah.

Pada asasnya, Get Gorgeous diterajui oleh dua orang adik beradik iaitu Azlia Idha dan Allia Idha. Kedua-duanya saling berkerjasama dalam memajukan bidang perniagaan online, di mana Azlia berperanan sebagai Pengarah urusan bagi aktiviti Perhubungan Awam, manakala Allia bertindak sebagai Ketua Bahagian Rekaan dan Fotografi.

Get Gorgeous merupakan butik online yang telah memulakan operasinya pada bulan Jun 2007. Butik ini menawarkan pelbagai jenis rekaan pakaian wanita dan aksesori dengan harga yang berpatutan serta berkualiti tinggi. Apa yang membuatkan butik ini unik dan berbeza dengan butik online lain adalah ia bukan sekadar menjual pakaian, malah butik ini turut menyediakan pelbagai idea untuk fesyen muslimah tampil lebih trendy dan fashionable.

Bagi muslimah yang meminati fesyen trendy dan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan butik Get Gorgeous, anda boleh layari www.getgorgeous.com.

Sumber : GetGorgeous, Facebook Heliza Helmi